header

header
~~~ HEART is a Masterpiece... so don't BREAK it~~~

me

me
hayatilah HIDUP selagi bernafas

Saturday, June 11, 2011

sEbuah anUgErah...

aku tiba2 terasa sangat sunyi... mungkin kerana aku tiada cinta... kerana tiada sesiapa untuk aku cintai... mungkin juga kerana aku pernah kecewa dengan cinta... kerana itulah aku fobia untuk bercinta lagi...

Jadi hari ini aku nak bercerita tantang CINTA... cinta adalah kasih sayang yang berterusan kepada sesiapa dan apa2 juga... cinta juga adalah anugerah yang dipinjamkan untuk sementara oleh yang maha ESA... jadi bercinta lah seikhlas hati kamu... selagi kamu masih bernyawa... tak kira kepada siapapun cinta itu... temasuk cinta kepadaNYA...

 "Bila diceritakan tentang cinta
Segalanya muncul sekelip mata
Semuanya di depan matanya dia
Makan tidur pun tak lena

Dia… cinta…
Dia… sayang…
Aku… dicinta…
Aku… disayang…
"

patah2 perkataan ini sudah cukup untuk menggambarkan mudahnya untuk kita merasai dan mendapatkan rasa cinta... ianya boleh datang dan juga pergi dalam sekelip mata...

ada orang kata cinta itu buta... cinta itu membunuh... memang cinta yang buta mampu membunuh... mungkin disebabkan terlalu mencintai... sehingga tidak sanggup untuk menerima kehilangan cinta itu... ade orang yang murung apabila mereka putus cinta... ade juga yang menganggap dunia mereka sudah berakhir ketika mereka putus cinta... ade juga beranggapan mereka tidak boleh hidup tanpa cinta...

"tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta, 
dan hanya dirimu yang bisa
membawa surga dalam hatiku
"

begitu mendalamnya cinta yang cuba digambarkan oleh patah ayat diatas... cinta yang berkekalan sehingga kesyurga... walaupun sebenarnya cinta itu tidaklah senantiasa indah... ada jatuh bangun dan ceria duka nya... terlalu banyak dugaan dalam bercinta...dan hanya insan yang kuat sahaja mampu mengharungi dugaan semasa bercinta... mansia sukar untuk mendapat cinta yang benar2 sejati... kebanyakan cinta manusia sekarang bukan lahir dari lubuk hati yang paling dalam tetapi lahir dari hati yang cetek... 

kalau aku ingin perkatakan pengalaman aku tentang cinta.. memang banyak... tapi aku cuma ingin berkongsi satu sahaja dengan kalian. pernah satu masa dahulu, cinta hati aku berkata.."bercintalah untuk dicintai, jangan bercinta untuk memiliki" lalu aku bertanya "kenapa??" dan dia menjelaskan... 

"cinta untuk dicintai adalah cinta yang ikhlas dari hati tanpa mengharapkan apa2 balasan, tanpa mengubah apa2 kelemahan atau kekurangan, sebaliknya menerima segalanya dengan penuh redha.. kemudian cinta dari hati ke hati akan bercambah dan secara tidak langsung akan tertutup lah segala kekurangan yang ada... dengan tanpa ada paksaan sebaliknya kerana adanya persefahaman..." 

manakala "cinta untuk memiliki pula adalah cinta yang bersifat sementara... kerana untuk memiliki kita perlu mengubah sesuatu yang mungkin tidak dapat diterima oleh orang lain... sifat ingin memiliki ini juga akan membuatkan manusia cepat muak, sekiranya percubaan untuk memiliki, tidak berjaya... maka berakhirlah cinta yang tidak mampu kita miliki... 

oleh itu bercintalah untuk dicintai... jangan bercinta untuk memiliki....

p/s all of this is basically from my mind n based on a logical thinking... if u have any opinion or comment please share with me...

No comments:

Post a Comment