header

header
~~~ HEART is a Masterpiece... so don't BREAK it~~~

me

me
hayatilah HIDUP selagi bernafas
Showing posts with label religion knowledge. Show all posts
Showing posts with label religion knowledge. Show all posts

Tuesday, August 02, 2011

pErKara2 di BulAn RaMadhAn

semua orang tahu apabila hadirnya bulan ramadhan kita harus berpuasa di siang hari... tapi adakah semua kita tahu sepenuhnya tentang ramadhan ini?.. langkah yang pertama untuk berpuasa kita perlu berniat ntuk berpuasa... niat untuk puasa ramadhan nih boleh di niatkan untuk sebulan serta juga harian....

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
setelah kita berniat maka hendaklah kita berpuasa dari selepas kita sahur ( waktu imsak ) sehingga masuknya waktu maghrib....berpuasa bukan sahaja sekadar menahan lapar dan juga dahaga tetapi juga menahan nafsu yang lainnya juga... seperti menahan mulut dari mengeluarkan kata2 kotor ( makian, umpatan dan sebagainya ) ataupun menahan mata dari melihat perkara2 maksiat dan boleh mengurangkan pahala puasa...

setelah seharian puasa masuklah waktu berbuka sekiranya azan maghrib berkumandang... dan sebelum kita berbuka hendaklah kita membaca doa berbuka puasa... dan setelah selesai kita berbuka puasa kita perlu membaca doa selepas berbuka puasa....

 

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu

Sunday, July 31, 2011

HikMaH dan KeleBiHaN solat TaraWiH


Salam buat sahabat-sahabatku...

kali ni afied nak kongsikan ilmu tentang kelebihan solat tarawih serta hikmah menunaikan solat sunat muakad ini... sesungguhnya sekiranya kita tahu akan kelebihannya pasti kita tidak akan mengelak untuk menunaikan solat sunat ini... solat sunat ini hanya dilakukan dalam bulan ramadhan... jadi mari kita ambil kesempatan dengan kehadiran bulan Mulia ini....

bayakkan beramal seperti solat Sunat Tarawih dan membaca al-Quran..

Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-2 Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-3 Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-4 Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-5 Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-6 Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-7 Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-8 Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-9 Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-10 Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-11 Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-12 Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-13 Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-14 Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke15 Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-16 Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-17 Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-18 Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-19 Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-20 Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-21 Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-22 Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-23 Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-24 Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-25 Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-26 Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-27 Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-28 Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-29 Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-30 Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar. 
p/s afied tak berapa pasti tentang fadilat ini samada sahih atau sebaliknyer... sesiapa yang tahu sila perbetul sekiranya afied salah...