header

header
~~~ HEART is a Masterpiece... so don't BREAK it~~~

me

me
hayatilah HIDUP selagi bernafas

Saturday, June 18, 2011

tHe LeTtEr

kehadapan Ayahanda dan Bonda...

Disini anakanda nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki... anakanda tahu anakandalah anak yang paling banyak berbuat dosa kepada ayahanda dan bonda... anakanda sering melukakan hati kalian, menghancurkan impian kalian dan memusnahkan harapan kalian... memang anakanda berdosa kerana memusnahkan, menghancurkan dan menyakiti hati kalian...

segalanya berlaku bukan atas kehendak anakanda... walaupun memang... semua ini berlaku atas pilihan anakanda sendiri... tapi bukan itu niat sebenar anakanda... langsung tidak terniat untuk anakanda buat ayahanda dan bonda sebegini... berdosakah anakanda?... ampunkanlah anakanda sekiranya ayahanda dan bonda sudi...

mungkin hati ayahanda dan bonda sangat-sangat terluka... tetapi apa juga keputusan anakanda memang telah anakanda pikirkan masak-masak,,. tidak pula anakanda membuat keputusan dalam keadaan terpaksa dan terburu-buru... inilah keputusan anakanda yang terbaik... daripada anakanda membebankan ayahanda dan bonda... dan juga cukuplah segala permainan yang telah anakanda lakukan...

andai sampai disini sahaja hela nafas anakanda... sangat-sangatlah anakanda bersyukur , mugkin tuhan tidak mahu anakanda melakukan lebih banyak dosa terhadap ayahanda dan bonda ... dan mungkin sekiranya perkiraannya tepat... dan tuhan megizinkan.... tidak akan tebebanlah ayahanda dan bonda selepas ini...

sekali lagi anakanda memohon ampun dan maaf dari ayahanda dan bonda... anakanda sudah cukup puas dapat menatap wajah kalian.... Tuhan sekiranya engkau mahu aku pulang kepada Mu aku redha... walaupun aku tidak bersedia tapi aku tetap redha

daripada anakndamu yang berdosa...

p/s selamat hari bapa... dan juga hari ibu... kalian adalah yang terbaik daripada yang terbaik...

No comments:

Post a Comment