header

header
~~~ HEART is a Masterpiece... so don't BREAK it~~~

me

me
hayatilah HIDUP selagi bernafas

Monday, August 01, 2011

haPpY AugUsT...

Syukur Alhamdulillah....

Bermula hari ini seluruh umat islam di Malaysia mula berpuasa dan begitu juga umat islam seluruh dunia... maksudnya hari nih bermulalah bulan Ramadhan bagi bulan Islam untuk tahun 1432 Hijrah... dan untuk Malaysia bulan Ogos ini sangat bermakna kerana hari kemerdekaan Malaysia juga jatuh pada bulan ini... dan mungkin sekiranya ada rezeki.., kita akan menyambut dua perayaan besar iaitu Aidilfitri dan juga hari kemerdekaan negara yang ke 54....

So~~... When we talk about MERDEKA... secara automatiknya setiap rakyat Malaysia akan mengingatinya sebagai salah satu hari yang paling bersejarah....dan juga hari cuti umum bagi seluruh negara... betul tak??..then untuk tahun ini kita kan dapat dua cuti umum iaitu cuti Merdeka n Raya... ok stop bercerita pasal cuti sebab i know everyone of us is aware dengan setiap cuti yang ada di Malaysia ni... ape yang afied nak share adelah kempen mengibarkan Jalur Gemilang untuk bulan kemerdekaan negara nih...

Well~~

Jalur Gemilang kebanggaan Malaysia
Every year akan ade kempen yang berkaitan dengan mengibarkan Jalur Gemilang... untuk menaikkan lagi semangat patriotik kita sebagai salah seorang rakyat Malaysia... pada pendapat afied semangat patriotik nih memang perlu disemai dalam diri setiap anak muda ( kanak-kanak dan juga remaja ) supaya mereka ade perasaan sayang n cintakan negara mereka Malaysia nih... sama seperti saranan menteri besar johor berdasarkan ucapan beliau di majlis perasmian kempen mengibarkan jalur gemilang peringkat Negeri Johor....

"[ Di JOHOR BAHARU, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman meminta rakyat di negeri itu mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan ini sebagai rasa bangga mereka terhadap negara.

Beliau berkata berkibarnya Jalur Gemilang itu adalah sebagai lambang Malaysia sebuah negara yang merdeka.

"Sebelum kemerdekaan, bendera-bendera yang berkibar adalah bendera-bendera negara asing yang menjajah tanah air kita tetapi kini berkibarnya Jalur Gemilang adalah lambang kemerdekaan kita," katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Gelang Patah, yang turut dihadiri 3,000 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan pelajar sekolah.

Abdul Ghani turut mengingatkan bahawa negara pada masa ini berdepan sesetengah pihak yang mengamalkan polarisasi di kalangan masyarakat demi mencapai cita-cita politik mereka untuk memerintah negara ini.

Beliau menasihati rakyat berbilang kaum di negeri ini agar menolak amalan itu sebaliknya memperkukuhkan lagi permuafakatan dan perpaduan sesama mereka.
]"


Pencipta Jalur Gemilang
So marilah bersama-sama kita mengibarkan jalur gemilang untuk memgingatkan kita tentang hari kemerdekaan  negara...ini juga menjadi sebagai salah satu daripada cara untuk kita berterima kasih kepada pencipta Jalur Gemilang ini.. Allahyarham Mohamed Hamzah...

No comments:

Post a Comment