header

header
~~~ HEART is a Masterpiece... so don't BREAK it~~~

me

me
hayatilah HIDUP selagi bernafas

Tuesday, August 30, 2011

selamat hari raya....

alhamdulillah.. setelah 29 hari kita berpuasa akhirnya kita dapat juga menyambut kedatangan syawal... afied nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA...... kepada mereka2 yang baca n follow blog afied nih nih afied selitkan kad raya khas buat kalian semua....

dengan ingatan tulus ikhlas...

Tuesday, August 23, 2011

A wEeK SebeLum sYawAL...

haha..

hye everyone.. erm hari nih afied nk share beberapa story or peristiwa ngan semua... semua peristiwa ni berlaku seminggu sebelum datang nya bulan SYAWAL.. ( hari raya aidilfitri...) pada 20 ogos yang lepas my mum dah sibuk suruh sembelih itik untuk buat rendang mase raya nnti... so kebetulan abg i ade blik so my dad sembelih 2 ekor itik untuk wat rendang mse raya t... bkn ape nnti mse dah dekat nk raya tak perlu nk susah payah.. pasal itiknyer dah tersedia awal-awal lagik... so mcm biasa larr like every years n always afied ler muka org yang ken siang ( proses itik itu lps kne sembelih... ) hurm letih sgt rase tapi seronok.. n teruja jugak..

proses siat kulit itik nih.. macam lapah kulit lembu plak..
hurm.. tinggal sebelah kepak jer lagik..

part-part yang susah afied mintak mak tolong..

esok nyer pulak.. ( 21 ogos...) hari ahad.. my dad buat dodol... walaupun pakai machines... tapi stil kne kacau or godak ( gaul ) bahan nyer secara manual.. hihihi kali nih buat dodol durian.. sebab ade banyak durian kat umah... erm lama sungguh mase yang diambil untuk tanakkan kuih dodol nih.. almost 8 hhour jugak... dari mula masak santan sampai dah masuk tepung... hurm letih badan nih ...( padahal wat pakai machine...) sambil-sambil buat dodol... afied n kak ipo afied kne siang burung puyuh untuk buka puasa... huhuh dad sembelih 12 ekor..( habis semua puyuh lam reban... hihih
santan yang dimasak sampai pecah minyak...

tepung pulut dengan tepung beras... perlu di bancuh sehingga rata...

huhu profesional yang handle...

pastuh blender tepung bagi dier tak berketul-ketul..
ini lah tepung yang telah siap di blender...
nih plak durian...
seperti tepung.. durian pown kne blender jugak biar halus...
itu durian yang siap di blender..
nih baru masuk gula pasir n melaka

semua bahan telah dimasukkan... berat tak hengat...

Thursday, August 18, 2011

ramaDhan TerAkhiR

kepada sesiapa yang menonton drama siri yang kini menjadi fenomena di TV3 pasti sangat teruja dengan lagu yang berjudul Jangan Lupa Namaku..

lagu Jangan Lupa Namaku


Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana~~... aku mengingatimu
Kerana~~... aku mencintaimu
Andai aku bisa bertemu mu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
air mata pasti deras gugur
Kerana~~... aku merinduimu
kerana aku~~... sentiasa menyintaimu...
ooooo sepenuh hati~~
Walau kamu jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku~~ sentiasa mengingatimu
Kerana~ aku~~ sentiasa menyayangimu  
sepenuh hati~~~...


Hmm~~
Aaaa~~~
Aaaaa~~~~
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela~ menyerahkan hati
Kerana~~ aku merinduimu
Kerana aku~~ sentiasa menyintaimu

Monday, August 08, 2011

StupIdo pinYatA....

hari nih aku rase hidup aku kosong... macam tak perlu sangat aku untuk ade kat muka bumi tuhan nih.. aku macam takde function selain menambah  beban dosa aku kelak... mana taknyer sume orang wat tak tahu n tak reti jer ngan aku... fine for me... i also can live without anyone of you... they think i care?.. nope i don't I've been dump once, when they know my unbelievable story.... n why should i feel so jerk when they try to dump me again... that's the name of ma freaking family... maybe I'm a loser... i don't have anything... cant do anything..... but as a human I'm not perfect... dough no one is perfect... i ain't God... only God that perfect in any way... i barely can't understand them since they also don't really want to understand me.... when i stay far away from them they always called me.. ask me to come back... stay with them... be with them.. but when I'm here they like a fake jerk that wanna me out from this hell house in instant.... gosh~~~ really bad huh!.. well as I'm still alive... i have to go trough...

well~~

sometimes i feel like i not really their son... am i adopted?.. or maybe they get me from the dumpster?... or maybe some one just throw me and they try to save me... but suddenly they realized its not rights... coz I'm a loser... I'll never be like what they try to make me to be...

Sunday, August 07, 2011

thE aGe'S

so hr nih 7 hb 8 2011.... hari nih hari ke 7 umat islam berpuasa di bulan ramadhan.... hari nih aku anggap special larr jugak sebab umor aku bertambah dari 25 tahun menjadi 25 tahun dan satu bulan... Alhamdulillah panjang lagi usia aku untuk sebulan.... walaupun panjang usia kita tak pernah kita ketahui kerana usia adalah rahsia tuhan buat manusia... sangat bersyukur pada tuhan sekiranya kita merupakan salah satu orang yang tahu bila kita akan mati... itu satu nikmat pada kita... means kalau kita ade sakit kronik like barah or what ever penyakit lain yang mmg tak boleh cure n doktor telah membuat andaian jangka umor kita berapa... for me its most precious thing to have in life... mungkin dengan cara macam tuh kita akan mampu untuk bertaubat n beramal ibadah secukupnya... untuk menemui Allah.... isn't it?..

well~~~ itu ape yang aku pikirkan ler(pendapat peribadi).. mungkin pada org lain pendapat mereka tidak seperti aku... maybe its a burden to someone that know their actual life, means how long they gonna live on this little earth... right?. even some of them think they'll not have enough time to make anything what they want in their life...  but the truth is human cannot change their faith in death... sebab seorang manusia akan mati tidak boleh cepat walau sesaat dan juga tertangguh walaupun sesaat... means nobody or nothing can't change their faith in death... no one will know their exact time of death...

p/s actually terlebih tgk citer arnold (susah nak eja) dalam the 6th day...(about cloning people untuk melawan kuasa tuhan akan kematian....)

Tuesday, August 02, 2011

pErKara2 di BulAn RaMadhAn

semua orang tahu apabila hadirnya bulan ramadhan kita harus berpuasa di siang hari... tapi adakah semua kita tahu sepenuhnya tentang ramadhan ini?.. langkah yang pertama untuk berpuasa kita perlu berniat ntuk berpuasa... niat untuk puasa ramadhan nih boleh di niatkan untuk sebulan serta juga harian....

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
setelah kita berniat maka hendaklah kita berpuasa dari selepas kita sahur ( waktu imsak ) sehingga masuknya waktu maghrib....berpuasa bukan sahaja sekadar menahan lapar dan juga dahaga tetapi juga menahan nafsu yang lainnya juga... seperti menahan mulut dari mengeluarkan kata2 kotor ( makian, umpatan dan sebagainya ) ataupun menahan mata dari melihat perkara2 maksiat dan boleh mengurangkan pahala puasa...

setelah seharian puasa masuklah waktu berbuka sekiranya azan maghrib berkumandang... dan sebelum kita berbuka hendaklah kita membaca doa berbuka puasa... dan setelah selesai kita berbuka puasa kita perlu membaca doa selepas berbuka puasa....

 

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu

Monday, August 01, 2011

haPpY AugUsT...

Syukur Alhamdulillah....

Bermula hari ini seluruh umat islam di Malaysia mula berpuasa dan begitu juga umat islam seluruh dunia... maksudnya hari nih bermulalah bulan Ramadhan bagi bulan Islam untuk tahun 1432 Hijrah... dan untuk Malaysia bulan Ogos ini sangat bermakna kerana hari kemerdekaan Malaysia juga jatuh pada bulan ini... dan mungkin sekiranya ada rezeki.., kita akan menyambut dua perayaan besar iaitu Aidilfitri dan juga hari kemerdekaan negara yang ke 54....

So~~... When we talk about MERDEKA... secara automatiknya setiap rakyat Malaysia akan mengingatinya sebagai salah satu hari yang paling bersejarah....dan juga hari cuti umum bagi seluruh negara... betul tak??..then untuk tahun ini kita kan dapat dua cuti umum iaitu cuti Merdeka n Raya... ok stop bercerita pasal cuti sebab i know everyone of us is aware dengan setiap cuti yang ada di Malaysia ni... ape yang afied nak share adelah kempen mengibarkan Jalur Gemilang untuk bulan kemerdekaan negara nih...

Well~~

Jalur Gemilang kebanggaan Malaysia
Every year akan ade kempen yang berkaitan dengan mengibarkan Jalur Gemilang... untuk menaikkan lagi semangat patriotik kita sebagai salah seorang rakyat Malaysia... pada pendapat afied semangat patriotik nih memang perlu disemai dalam diri setiap anak muda ( kanak-kanak dan juga remaja ) supaya mereka ade perasaan sayang n cintakan negara mereka Malaysia nih... sama seperti saranan menteri besar johor berdasarkan ucapan beliau di majlis perasmian kempen mengibarkan jalur gemilang peringkat Negeri Johor....

"[ Di JOHOR BAHARU, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman meminta rakyat di negeri itu mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan ini sebagai rasa bangga mereka terhadap negara.

Beliau berkata berkibarnya Jalur Gemilang itu adalah sebagai lambang Malaysia sebuah negara yang merdeka.

"Sebelum kemerdekaan, bendera-bendera yang berkibar adalah bendera-bendera negara asing yang menjajah tanah air kita tetapi kini berkibarnya Jalur Gemilang adalah lambang kemerdekaan kita," katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Gelang Patah, yang turut dihadiri 3,000 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan pelajar sekolah.

Abdul Ghani turut mengingatkan bahawa negara pada masa ini berdepan sesetengah pihak yang mengamalkan polarisasi di kalangan masyarakat demi mencapai cita-cita politik mereka untuk memerintah negara ini.

Beliau menasihati rakyat berbilang kaum di negeri ini agar menolak amalan itu sebaliknya memperkukuhkan lagi permuafakatan dan perpaduan sesama mereka.
]"


Pencipta Jalur Gemilang
So marilah bersama-sama kita mengibarkan jalur gemilang untuk memgingatkan kita tentang hari kemerdekaan  negara...ini juga menjadi sebagai salah satu daripada cara untuk kita berterima kasih kepada pencipta Jalur Gemilang ini.. Allahyarham Mohamed Hamzah...